Kerajaan negeri komited bawa pembangunan kepada rakyat: Hassan

Hassan-Sebatik.jpg

Datuk Hassan A Gani Pg Amir (dua dari kiri) bersama Pegawai Daerah Kalabakan, Encik Muhammad Haji Mohd Ali (dua dari kanan) secara simbolik memetik padi pada sambutan Pesta Kaamatan Daerah Kalabakan.

Kongsi Bersama

KALABAKAN: Kerajaan Negeri sentiasa berusaha membawa pembangunan dan kemajuan kepada rakyat khususnya di kawasan luar bandar.

Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sebatik, Datuk Hassan A Gani Pg Amir berkata, kerajaan yang diterajui juga sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat dalam setiap rancangan pembangunannya.

Katanya, kerajaan negeri juga komited menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi oleh rakyat yang telah diwarisi dari kerajaan yang lalu.

“Isu kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik akan terus diberi perhatian dengan sebaik supaya dapat diselesaikan secepat mungkin.

“Kita tidak akan membiarkan masalah itu berlarutan seperti kerajaan yang lalu, sebaliknya terus berusaha menyelesaikan demi kemudahan rakyat yang telah memberi mandat kepada kerajaan”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kalabakan di Dewan Terbuka Pejabat Daerah Kalabakan di sini kelmarin.

Hassan berkata, rakyat perlu terus menyokong kerajaan negeri agar segala perancangan yang telah dibuat untuk kepentingan rakyat dapat diteruskan dan dilaksanakan tanpa terganggu.

Katanya, rakyat juga perlu terus bersatu padu kerana perpaduan kaum adalah tunggak utama kepada pembangunan dan kesejahteraan negeri.

“Kita bersyukur kerana hasil persefahaman dan perpaduan rakyat berbilang kaum, maka kita dapat bersama-sama menyambut pelbagai perayaan dengan harmoni.

“Program ini adalah tahun kedua Pejabat Daerah Kalabakan menganjurkan sambutan Pesta Kaamatan yang diraikan rakyat berbilang kaum dan agama,” katanya. – PENERANGAN GAGASAN RAKYAT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top