Kerajaan Komited Bela Nasib Rakyat Sabah – SSK

SSK-2.jpg
Kongsi Bersama

KOTA BELUD: Kerajaan komited untuk membela nasib rakyat Sabah termasuk golongan yang  terkesan dengan pandemik Covid-19.

Anggota Dewan Undangan Negeri Usukan Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak (SSK) berkata kerajaan memahami masalah yang dihadapi rakyat khususnya para pelajar sekolah susulan penularan wabak Covid-19.

“Banyak perkara berubah secara mendadak.  Adanya kewajiban pemakaian pelitup muka, penjagaan jarak 1 meter, amalan mencuci tangan dengan cecair pembasmi kuman dan amalan sembang rapat yang dilarang.

“Selain perubahan-perubahan ini dan pengamalan norma baharu telah menjejaskan ekonomi semua warga di negara ini.

“Hal ini lebih menghimpit dan meninggalkan kesan lebih berat kepada ibu bapa yang masih mempunyai anak-anak yang kecil atau yang akan menghadapi peperiksaan yang utama seperti SPM dan STPM,” katanya.

Salleh berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyeraan Bantuan Kerajaan Sabah untuk calon-calon peperiksaan SPM dan STPM tahun 2021 bagi daerah Kota Belud di sini hari ini.

Beliau berkata di peringkat daerah Kota Belud sahaja, kerajaan Sabah menyalurkan Bantuan Tunai RM346,800 kepada para pelajar yang menduduki peperiksaan SPM dan STPM.

Beliau berkata Bantuan Tunai berupa wang ringgit bernilai RM200 itu diagihkan kepada setiap pelajar terbabit.

Bagi calon SPM, katanya bantuan itu melibatkan jumlah sebanyak RM281,200 untuk 1,406 orang calon dan selebihnya RM65,600.00 diberikan kepada 328 calon-calon STPM.

Salleh yang juga bekas Ketua Menteri Sabah berharap para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM dan STPM dapat memanfaatkan bantuan itu dengan membeli keperluan-keperluan penting semasa peperiksaan itu kelak. – Jesselton Times

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top