Kerajaan Jamin Peruntukan Sabah, Sarawak Diagih Sempurna

maximus-ongkili.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memastikan agihan peruntukan RM5.2 bilion bagi Sabah dan RM4.5 bilion untuk Sarawak dalam Belanjawan 2021 dilaksana dengan sempurna.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) (JPM), Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili, berkata pihaknya bersama Unit Perancangan Ekonomi (EPU) akan memantau kaedah agihan ditetapkan.

“Kita akan melakukan yang terbaik untuk Sabah dan Sarawak. Ini kali pertama ada bahagian khas diwujudkan untuk mengendalikan hal Sabah dan Sarawak,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa bagi portfolionya di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau berkata, kewujudan bahagian khas untuk Sabah dan Sarawak di JPM dikhususkan untuk meneliti hak dua negeri berkenaan dan aspek difikirkan perlu oleh kerajaan Sabah dan Sarawak.

Maximus berkata, peruntukan turut menyentuh perihal ekonomi, keselamatan dan majlis khas yang pertama kali diadakan kerajaan akan menentukan perkara dan hak, termasuk yang dikemukakan pentadbiran terdahulu.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top