Kerajaan Jamin Bentang RUU Anti Lompat Parti 11 April Ini

Wan-Junaidi.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan akan membentangkan bacaan kali pertama Rang Undang Undang (RUU) Anti Lompat Parti pada 11 April ini di Dewan Rakyat.

Utusan Malaysia dalam satu laporannya memetik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar sebagai berkata, tarikh tersebut setelah berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi menentukan tarikh tetap untuk rang undang-undang itu dibentang.

Katanya, keputusan tersebut setelah beliau dengan Ismail Sabri bersetuju menggunakan kuasanya di bawah Perkara 11 (3) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Sebenarnya saya tidak dapat membuat pengumuman (anti lompat parti) melainkan Perdana Menteri kata beri pengumuman.

“Saya tadi ada sempat berbincang dengan Perdana Menteri dan (beliau) bersetuju sidang pada 11 April 2022 diadakan untuk dibahaskan RUU Anti Lompat Parti.

“Jadi, Yang Berhormat jangan bimbang bahawa Perdana Menteri sudah memberi jaminan bahawa kita (kerajaan) akan membentangkan RUU ini dan biarlah ahli Parlimen membuat keputusan sendiri mahu sokong atau tidak,” katanya di Dewan Rakyat pada Khamis.

 

 

 

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top