Kerajaan Hargai Sumbangan GLC Bantu Golongan Yang Memerlukan – Bung Moktar

bung-and-lajim.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menyeru semua pihak khususnya syarikat berkaitan kerajaan (GLC)  untuk memperbanyakkan pelaksanaan program berbentuk tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin  berkata, program CSR merupakan langkah terpuji kerana membantu golongan yang memerlukan, terutamanya kepada mereka yang terjejas ekoran pandemik Covid-19 selain daripada yang menjadi mangsa bencana seperti  banjir,  kebakaran dan sebagainya.

Menurut Bung yang juga Menteri Kerja Raya bantuan ini dapat meringankan beban kewangan yang mereka tanggung.

“Saya ingin menyeru kepada semua pihak untuk memperbanyakkan lagi pelaksanaan program berbentuk CSR yang dapat membantu lebih ramai golongan memerlukan,” katanya selepas menerima sumbangan bakul makanan dan kewangan sebanyak RM80,000.00 yang disumbangkan oleh Amanah Iktiar Malaysia (AIM) untuk diagih-agihkan  kepada golongan asnaf di kawasan Parlimen Kinabatangan di sini.

Majlis penyampaian tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif AIM Datuk Seri Panglima Lajim Ukin diiringi oleh Pengurus Wilayah AIM Sabah Jahinin  Siman dan pegawai pegawai Kanan AIM wilayah Sabah.

Tambah Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan dengan sokongan dari semua pihak  terutamanya GlC di negeri ini akan dapat membantu usaha kerajaan menyalurkan bantuan segera kepada golongan yang memerlukan.

Sementara itu Lajim yang juga Ahli Majlis Tertinggi Bersatu berkata program tersebut sebahagian daripada tanggungjawab sosial koprat AIM kepada rakyat terutamanya mereka yang dilanda musibah dan berhadapan dengan cabaran akibat Covid-19.

“Kita akan meneruskan program ini di mana setakat ini kita telah melaksanakannya di beberapa daerah, antaranya Kota Kinabalu,Kota Marudu,Beaufort dan Kuala Penyu, ” jelas beliau.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top