Kerajaan hargai, iktiraf jasa bakti pasukan keselamatan

CM.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri memberikan pengiktirafan kepada pasukan serta agensi keselamatan yang sentiasa memberikan keterjaminan aspek keselamatan sosial, ekonomi dan kesejahteraan rakyat serta negara.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, jasa bakti pasukan keselamatan yang berkorban masa, jiwa dan raga dalam memastikan persempadanan negara terkawal dan selamat, disamping situasi dalam negara aman dan tenteram.

Katanya, ini membolehkan rakyat hidup dalam keadaan lebih selamat, selesa serta rukun dan damai.

“Keamaan yang dinikmati, bukan sahaja rakyat malah kerajaan dapat beroperasi dengan lancar dalam usaha membangunkan negeri Sabah, terutama untuk menjayakan Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Keamanan yang kita nikmati pada masa ini membolehkan negara kita terus maju dan dapat meyakinkan pelabur serta pelancong asing untuk membuat pelaburan dan melancong ke negara kita, khususnya ke Sabah”, katanya di sini semalam.

Hajiji berkata, petugas barisan hadapan negara sentiasa menjalankan tugas dan kewajipan dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi yang tinggi.

“Dalam kita berhadapan dengan situasi cemas dan bahaya, seperti semasa pandemik dahulu, atau semasa berlaku banjir dan kebakaran.

“Adan insan yang berkorban masa, tenaga, jiwa dan raga, semata-mata untuk memastikan keselamatan anggota masyarakat yang lainnya,” jelas Hajiji. – SNT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top