Kerajaan GRS Ucap Tahniah, Sokong Penuh Pelantikan Ismail Sabri

hajiji.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyokong penuh pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri yang baharu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang merakamkan tahniah kepada Ismail Sabri mengharapkan hubungan negeri-persekutuan akan membuahkan hasil, bukan hanya untuk mempercepatkan usaha membangunkan negeri ini tetapi juga mengambil kira hak-hak Sabah.

”Kami akan meneruskan perjuangan ini dan isu-isu berkenaan dengan hak, keutamaan dan keperluan Sabah juga akan diteruskan.

“Sekarang pergolakan kepemimpinan di peringkat Persekutuan telah diselesaikan, marilah kita semua bersatu, mengenepikan perbezaan dan terus bergerak untuk memerangi pandemik Covid-19 serta membangun kembali ekonomi kita,” katanya.

Ketua Menteri yang mewakili Kerajaan GRS turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri sementara atau caretaker, Tan Sri Muhyiddin Yassin, atas khidmatnya kepada rakyat dan negara serta sokongan dan sumbangannya kepada Sabah.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top