Kerajaan GRS-BN: Wiramuda STAR Sambut Baik Kenyataan Hajiji

IMG-20220328-WA0004.jpg
Kongsi Bersama

RANAU: Pergerakan Wiramuda Star Sabah menyambut baik kenyataan yang dikeluarkan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor berhubung Kerajaan Negeri kini dikenali Gabungan Rakyat Sabah (GRS)- Barisan Nasional (BN).

Ketuanya Kong Soon Choi (gambar) berkata, harapan Wiramuda Star Sabah amat tinggi untuk melihat kestabilan dan keharmonian politik di negeri ini terus terpelihara menerusi GRS-BN.

“Pergerakan Wiramuda Star Sabah yang terdiri daripada kalangan pemimpin muda-mudi berharap gabungan GRS-BN ini mampu mengurangkan jurang perbezaan politik yang boleh merencatkan pembangunan di Sabah,” katanya.

Kong turut berharap, GRS-BN bukan sekadar entiti politik malah mampu menyatupadukan idea berkesan bagi menyelesaikan segala isu yang membebankan rakyat Sabah selama ini khasnya isu pembangunan jalan raya, sistem telekomunikasi dan kemunduran infrastruktur di kawasan pedalaman.

Sebagai pemimpin pemuda, beliau turut menyuarakan hasrat anak-anak muda di Sabah yang optimis ingin melihat sebuah kerajaan negeri yang mampu membuka lebih banyak peluang pekerjaan di negeri ini.

“GRS-BN dibarisi pemimpin berkaliber selain memiliki pengalaman luas dalam pentadbiran. Bawalah seberapa banyak pelabur untuk membuka peluang pekerjaan bagi anak-anak muda negeri Sabah dan kurangkan berpolitik,” tegasnya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Hajiji membuat kenyataan berkenaan dalam lawatan rasminya di Tamparuli pada Ahad.

Tegasnya, beliau bersetuju dengan cadangan Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin baru-baru ini untuk merujuk Kerajaan Sabah sebagai GRS-BN susulan kerjasama kedua-dua gabungan parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16 pada September 2020.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top