Kerajaan Dijangka Umum Lebih Banyak Pembukaan Sektor Perniagaan

alexander-nanta-linggi.jpg
Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Kerajaan dijangka membuat pengumuman berkenaan kebenaran beroperasi bagi sektor-sektor perniagaan yang lain, tidak lama lagi.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi (gambar) berkata, kerajaan prihatin terhadap kelangsungan perniagaan lain ketika pandemik ini dan nasib pekerja-pekerja.

Bagaimanapun beliau menegaskan, peniaga perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan Covid-19.

“Kita KPDNHEP memang berkehendak sektor atau sub sektor peruncitan yang belum beroperasi, kita minta beroperasi sebab kelangsungan perniagaan penting kalau perniagaan ini boleh diteruskan pekerja juga terjamin.

“Kita tidak mahu kalau lama tutup pekerja akan hilang pekerjaan mereka.

“Tunggu sedikit masa mungkin akan ada pengumuman yang kita akan terima baik,” katanya pada sidang media selepas melawat NSK Trade City Kuchai Lama, di sini, sempena pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baru Cina 2021.

Baru-baru ini, Alexander berharap agar peniaga sektor tertentu yang masih lagi ditutup supaya bersabar dan kekal mematuhi arahan.

Kata beliau, ini kerana sehingga kini kementeriannya masih lagi berbincang dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai pembukaan semula sektor-sektor lain.

Baru-baru ini, kedai gunting rambut dan cuci kereta dibenarkan kembali beroperasi.

 

Foto: FB Nforceteam KPDNHEP

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top