Kerajaan dicadang wujudkan bangunan pentadbiran di sempadan Malaysia (Pagalungan)-Indonesia (Labang)

IMG-20230823-WA0004.jpg
Kongsi Bersama

NABAWAN: Kerajaan dicadang wujudkan bangunan pentadbiran di kawasan sempadan Malaysia (Pagalungan)-Indonesia (Labang) bagi melicinkan urusan yang membabitkan kepentingan kedua-dua negara.

Ketika membuat gesaan itu, Ketua Pemuda Gagasan Rakyat Sabah (GRS) Pensiangan, Jordan Jude Ellron berkata ini penting memandangkan urusan pentadbiran sempadan Indonesia (Labang) dijangka beroperasi sepenuhnya tahun depan.

, Jordan Jude Ellron

“Saya berkesempatan melawat kawasan sempadan Indonesia (Labang) yang mengambil masa sekitar lima jam menaiki bot baru-baru ini,

“Selepas melawat ke kawasan sempadan Indonesia itu, saya berpendapat kerajaan Malaysia juga perlu menyegerakan pembinaan bangunan pentadbiran apa tah lagi pusat pentadbiran ibu negara Indonesia juga akan berpindah ke Kalimantan Timur,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jordan berkata perbincangan lanjut antara pimpinan kedua-dua negara juga perlu diadakan demi manfaat kepada dua wilayah itu kerana dikatakan sempadan dua negara itu ada kaitan daripada segi hubungan kekeluargaan.

“Jika ada perkahwinan, Dua pihak akan menyeberang untuk meraikannya bersama…ini budaya mereka yang diwarisi turun-temurun.

“Contohnya, jika ada perkahwinan dilangsungkan. Pihak keluarga akan membawa makanan seperti beras, gula, dan lain-lain . Saya takut apabila tidak dibincang oleh dua negara, cukai akan diperkenalkan kepada tetamu,” katanya,

Jordan turun menyarankan agar ketua adat kedua-dua negara khususnya di kawasan sempadan itu dilibatkan dalam perbincngan bagi memastikan perkara tersebut boleh diselesaikan dengan sebaik-baiknya.

“Ini kerana dua sempadan ini dari rumpun bangsa yang sama iaitu bangsa Dayak, dan turut mengamalkan adat yang sama,” katanya,

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top