Kerajaan dicadang bangunkan Sabah, Sarawak sebagai wilayah pertumbuhan perdagangan baharu negara

mat-bali.jpg

Datuk Matbali Musah

Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Kerajaan dicadangkan membangunkan Sabah dan Sarawak sebagai pusat pertumbuhan perdagangan baharu negara.

Datuk Matbali Musah (GRS-Sipitang) berkata pembangunan ibu negara baharu Indonesia, Nusantara di Kalimantan Timur menjadikan kedua-dua negeri tersebut berpotensi untuk mendapat manfaat daripada hasil kemajuan di Pulau Borneo.

“Potensi kedudukan Sabah dan Sarawak sangat besar dan kini terkuat luas susulan Indonesia memindahkan ibu negara ke Kalimantan Timur yang mana Malaysia berkongsi tanah besar Pulau Borneo.

“Kalau negara besar Indonesia pun sudah mengalihkan pusat pentadbiran dan pembangunan ekonomi keluar dari Pulau Jawa, maka adalah signifikan dan konsisten bagi Malaysia turut mengalihkan perdagangan ke Pulau Borneo dan (menjadikan) Sabah, Sarawak sebagai (pusat) pertumbuhan baharu,” katanya ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat pada Isnin.

Justeru, beliau yakin kerajaan kekal komited menjayakan aspirasi mengurangkan jurang ekonomi di antara negeri demi kemakmuran bersama. — BERNAMA

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top