Kerajaan berusaha tempatkan semula penduduk Pulau Gaya di tanah besar

CM-Pulau-Gaya.jpg

Kehadiran Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor di Pulau Gaya semalam disambut meriah oleh penduduk setempat. (Kredit foto: FB Hajiji Haji Noor)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah sedang berusaha untuk memindahkan penduduk kampung di Pulau Gaya ke tanah besar.

Ketua Menteri Negeri Datuk Seri Hajiji Noor berkata langkah ini akan mengubah pulau itu, yang hanya berjarak lima minit perjalanan dengan bot, menjadi destinasi pelancongan.

“Idea itu sudah lama difikirkan, dan kerajaan negeri sekarang bercadang untuk memindahkan penduduk setempat Pulau Gaya ke tanah besar,” katanya semasa program Kembara Kasih Ramadan di Pulau Gaya.

Hajiji berkata bahawa Pulau Gaya boleh menjadi tarikan utama pelancong, memandangkan ia berdekatan dengan Taman Laut Tunku Abdul Rahman dan beberapa pusat peranginan lain di pulau persendirian di sekelilingnya.

Menurut beliau lagi terdapat banyak binaan-binaan yang dipercayai dibina secara haram di pulau itu, dan kerajaan negeri tidak mahu penempatan setinggan terus berkembang.

Hajiji berkata, rancangan pemindahan itu melibatkan pembinaan rumah kos rendah di Sepanggar.

Tambahnya, kerajaan negeri telah mengemukakan permohonan pembiayaan untuk projek perumahan itu, dan kini sedang menunggu kelulusan.

Terdahulu, Hajiji mengagihkan bantuan yuran persekolahan kepada 70 murid dan menyumbang bantuan Aidilfitri kepada masyarakat setempat.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Datuk Shahelmey Yahya, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Datuk Mohd. Arifin Mohd. Arif, serta Adun Petagas Datuk Awang Ahmad Sah Sahari.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top