Kerajaan Baharu Fokus Untuk Bangunkan Negeri dan Rakyat – Bung Moktar

Bung-5.jpg

AMANAT..Bung (Kiri) ketika memberikan ucapan kepada penyokongnya di kediaman beliau di Luyang turut kelihatan Adun Karambunai Datuk Yakub Khan Dan Adun Sukau Datuk Jafry Arifin.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, kerajaan negeri yang baharu akan memberi tumpuan untuk memajukan negeri dan rakyat selepas diberi mandat pada pilihan raya negeri beberapa hari lepas.

Menurut beliau, perkara itu akan menjadi keutamaan kerajaan dalam usaha untuk memperbaiki taraf kehidupan mereka.

“Ia termasuk usaha memulihkan keadaan ekonomi negeri ketika ini,” katanya ketika berucap di hadapan para penyokong di kediamannya di Luyang, petang semalam.

Bung Moktar yang juga Menteri Pembangunan Insfrastruktur, berkata pihaknya mahu rakyat melupakan politik kerana ia sudah berlalu.

Katanya, sekarang masa untuk melupakan politik sebaliknya mengorak langkah untuk membangunkan rakyat dan negeri.

“Perkara ini menjadi fokus utama kerajaan yang baharu selain akan melaksanakan initipati manifesto yang dijanjikan kepada rakyat semasa pilihan raya,” katanya.

Bagaimanapun Bung Moktar berkata, usaha itu akan mengambil masa untuk direalisasikan.

“Berikan kami masa dan peluang,” ujarnya.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah dan Ketua Umno Sabah berharap kerajaan yang baharu ini akan dapat berfungsi dengan baik dan mampu melakukan yang terbaik kepada rakyat.

Mengenai tanggungjawabnya di Kementerian Pembangunan Infrastruktur, Bung Moktar menambah, pihaknya akan memberi perhatian terhadap keadaan jalan-jalan raya di luar bandar dengan berusaha untuk menaiktarafkannya.

“Kita juga akan meneliti jalan-jalan yang tidak dilaksanakan dengan baik oleh kerajaan sebelum ini agar ia dapat disempurnakan untuk kebaikan rakyat,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top