Kerajaan Arab Saudi Naikkan Kuota Haji Malaysia Sebanyak 10,000

haji.jpg

Kerajaan Arab Saudi menaikkan kuota haji bagi Malaysia sebanyak 10,000, menurut laporan Bernama yang memetik Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sedemikian di Riyadh.

Muhyiddin, yang sedang dalam lawatan rasmi empat hari ke negara itu, mengadap Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud semalam, dengan diiringi Menteri Luar Negeri  Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Malaysia dilaporkan semalam telah meminta Arab Saudi menaikkan kuota haji rasmi daripada jumlah semasa sebanyak 31,600.

Permintaan itu dibuat kerana populasi Malaysia sudah meningkat menjadi 31.95 juta orang, kata Muhyiddin.

Beliau berkata, kenaikan kuota haji tahunan akan membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia pergi menunaikan haji.

Perdana menteri juga dilaporkan telah meminta keizinan bagi jemaah umrah Malaysia untuk menunaikan ibadah tersebut secepat mungkin susulan wabak Covid-19. – FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top