Keputusan Ujian Calitan, Lengkap Dua Dos Vaksin Diwajibkan Pada Sidang DUN Sabah

kadzim.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Keputusan ujian calitan Covid-19 mesti dikemukakan tiga hari sebelum Dewan Undangan Negeri (Dun) Sabah bersidang.

Menurut Speaker Dun Sabah, Datuk Kadzim M. Yahya selain ujian calitan, pihaknya juga menetapkan lengkap dua dos vaksin sebagai prosedur operasi standard (SOP) utama bagi pelaksanaan persidangan selama tiga hari bermula 24 Ogos ini.

“Semua Ahli Yang Berhormat (YB) serta para petugas yang terlibat dalam persidangan pada kali ini wajib mengemukakan keputusan ujian saringan Covid-19 kepada pihak kami tiga hari sebelum bersidang .

“Di samping itu, lengkap dua dos vaksin Covid-19 juga adalah diwajibkan,” katanya kepada media selepas mengikuti Majlis Perasmian Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) Seluruh Malaysia secara maya di sini, pada Isnin.

Mengenai persidangan tersebut, Kadzim memaklumkan, ia adalah persidangan tahunan yang bertujuan untuk memperbaiki inisiatif, prosedur di Parlimen dan juga negeri-negeri.

“Persidangan disertai para Speaker Dun, Parlimen serta Dewan Negara dan Dewan Rakyat iaitu seramai 16 orang dan ini adalah program tahunan.

“Oleh sebab pandemik Covid-19, ia tidak dapat diadakan pada tahun lalu dan dianjakkan pada tahun ini.

“Tujuan persidangan ini adalah untuk membolehkan para Speaker Parlimen dan Dun bertukar pendapat serta pandangan bagaimana untuk memperbaiki, inisiatif, prosedur di Parlimen dan juga negeri-negeri.

“Pada kali ini, kita berbincang untuk mendapatkan prosedur yang uniform khususnya dalam mengadakan sidang semasa pandemik ini,” jelas beliau.

Mengulas lanjut, ujar Kadzim, antara isu yang dibawa dari Sabah ialah usaha bagi meningkatkan keupayaan capaian jalur lebar di negeri ini.

“Ini kerana keupayaan capaian jalur lebar agak kurang memuaskan dan ia tidak memungkinkan persidangan DUN dijalankan secara hybrid,” kata beliau.

Hadir sama mengikuti persidangan terbabit ialah Timbalan-Timbalan Speaker, Datuk Ahmad Abdul Rahman dan Datuk George Anthony Ginibun serta Setiausaha DUN Sabah yang baharu, Rafidah Maqbool Rahman. –Warta Oriental

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top