Keputusan SPM 2020 Terbaik Dalam Tempoh 5 Tahun

SPM.jpg
Kongsi Bersama

Pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 dengan Gred Purata Nasional (GPN) 4.80, adalah yang terbaik dalam tempoh lima tahun, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.

Radzi berkata, pencapaian pada 2019 adalah 4.86 manakala 4.89 pada 2018, 4.90 (2017) dan 5.05 (2016).

“Data ini menunjukkan pencapaian calon adalah lebih tinggi pada tahun 2020 berbanding tahun 2019. Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik. Analisa ini adalah berdasarkan calon yang mendaftar kali pertama sekurang-kurangnya enam mata pelajaran dan menduduki sekurang-kurangnya satu mata pelajaran.

“Trend GPN untuk 2016 hingga 2020 menunjukkan, tahun 2020 adalah yang terbaik dalam tempoh lima tahun,” katanya ketika pengumuman analisis keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2020 yang diadakan secara maya hari ini.

Dari segi jurang pencapaian mengikut lokasi, dia berkata jurang pencapaian antara calon bandar dan luar bandar mengecil kepada 0.38 pada 2020 berbanding 0.44 pada 2019.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top