Keputusan Namakan Ismail Sabri Calon PM Bukti Solidariti Umno – Bung Moktar

IMG-20220415-WA0006.jpg
Kongsi Bersama

Oleh: Jaafar Abd Wahid

KOTA KINABALU : Keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno menamakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri, semalam memperlihatkan tahap solidariti luar biasa Umno untuk berdepan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ketua Umno Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata ,keputusan itu menujukkan kematangan pemimpin Umno yang mengutamakan kesepakatan demi satu matlamat iaitu mempastikan Umno/Barisan Nasional dapat membentuk kerajaan yang stabil untuk kemakmuran negara.

” Umno Sabah menerima baik cadangan ini dan memberikan sokongan padu terhadap keputusan parti yang menamakan Ismail sebagai calon Perdana Menteri selepas PRU ke-15,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Bung yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, solidariti ini mencermin sikap pemimpin Umno yang lebih mengutamakan kepentingan negara dan parti melebihi kepentingan peribadi.

” Keputusan itu sudah tentu dapat mewujudkan elemen kestabilan bukan sahaja kepada imej parti, malah memperkukuhkan perspektif luar terhadap masa hadapan politik Malaysia,” ujarnya.

Bung berkata, Umno berbeza dengan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional yang bercelaru dalam menamakan calon Perdana Menteri mereka selepas PRU ke-15 kerana lebih mengutamakan kepentingan peribadi daripada kepentingan negara.

Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam kenyataan memaklumkan, MKT UMNO sebulat suara mencadangkan Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri menjelang PRU-15.

Bung menambah, keputusan MKT Umno ini memberikan ruang yang luas kepada Perdana Menteri untuk menyusun dan merangka agenda bagi memenagi hati dan minda rakyat untuk memberikan sokongan kepada Umno/BN semasa PRU15 nanti.

Bung juga berkata, kepimpinan Umno di semua peringkat kini perlu lebih fokas untuk menyusun jentera dan gerak kerja parti bagi memastikan kemenangan Umno/BN pada PRU15.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top