Keputusan Mahkamah Rayuan Paris Bukti Tuntutan Sulu Tiada Merit – Hajiji

hajiji-1.jpg

(Gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah menyifatkan keputusan Mahkamah Rayuan Paris menegakkan cabaran Malaysia dalam penghakiman arbitrasi waris Sulu, semalam, senada dengan pendirian negeri ini bahawa tuntutan ke atas Sabah selama ini tidak mempunyai merit.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, keputusan mahkamah berkenaan juga mengukuhkan lagi kedudukan Sabah dalam Persekutuan Malaysia.

Katanya, rakyat Sabah memilih Malaysia untuk sama-sama membentuk negara melalui Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sekali gus tidak mengiktiraf tuntutan luar terhadap negeri ini.

“Kerajaan negeri mengalu-alukan keputusan (Mahkamah Rayuan Paris) dan berharap kerajaan Malaysia akan mengambil semua tindakan yang sesuai bagi menamatkan sepenuhnya isu tuntutan itu.

“Sabah melalui Peguam Besar Negeri akan terus memainkan peranan bersama Peguam Negara dalam menangani kes ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Mahkamah Rayuan Paris mengekalkan keputusan menolak penguatkuasaan ‘Partial Award’ kepada kumpulan mendakwa sebagai waris Sulu yang sebelum itu diputuskan penimbang tara Dr Gonzalo Stampa pada 2020.

Keputusan itu memberikan kemenangan muktamad kepada Malaysia untuk menegakkan undang-undang sekali gus menolak tuntutan tidak masuk akal dikemukakan Kumpulan Sulu. –HMetro

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top