KePKAS Temui Formula Atasi Kenaikan Tiket Masuk Pusat Rekreasi TTS

tiket-tts.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) temui formula bagi mengatasi masalah bebanan kenaikan harga tiket masuk pusat rekreasi di Taman-Taman Sabah (TTS).

Menterinya, Datuk Christina Liew berkata, harga bayaran mendaki Gunung Kinabalu, Taman Kinabalu dan Kolam Air Panas Poring mengalami kenaikan bermula 1 Januari lalu.

Christina berkata, pihaknya sudah meluluskan cadangan formula itu selepas mengadakan pertemuan dengan Pengarah TTS pada Isnin lepas.

“Sebelum ini, kementerian juga sudah meminta untuk menangguhkan pelaksanaan yuran baharu selama tiga bulan bermula Oktober hingga Disember 2022.

“Justeru, untuk tempahan yang sudah berbayar sebelum 1 Januari 2023, TTS masih menggunakan bayaran kadar lama,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, semua pekej yang ditempah dan dibayar selepas 1 Januari ini tertakluk dengan harga baharu.

Beliau berkata dalam kenyataannya, di sini hari ini bagi menjawab pertanyaan media serta rayuan daripada Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Sabah/Labuan.

Christina berkata, langkah itu adalah untuk membantu ejen-ejen pelancongan dan pelancongan tempatan.

Terdahulu, sebelum ini, delegasi MATTA Sabah/Labuan yang diketuai Lawrence Chin telah membangkitkan perkara itu semasa kunjungan hormatnya kepada Christina.

Sebagai contoh, pendaki warganegara dewasa, yuran permit sebelum ini ialah RM50, manakala RM200 untuk pendaki antarabangsa dewasa dan kedua-duanya kini telah meningkat.

Bagi bayaran masuk ke Taman Kinabalu dan Kolam Air Panas Poring, hanya RM3 dewasa untuk warganegara dan RM15 seorang dewasa untuk pelawat antarabangsa. Yuran semasa kini masing-masing RM10 dan RM50 bagi setiap orang dewasa. – UTUSAN BORNEO

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top