KePKAS Saran Laksana Inisiatif VTL, Bantu Pulih Industri Pelancongan Sabah

jafry.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sudah tiba masanya untuk Sabah mencontohi langkah dilaksanakan beberapa negeri termasuk Pulau Pinang yang memulakan inisiatif Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) bermula 16 mac ini, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin.

Sehubungan itu, beliau menyarankan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri supaya meneliti seterusnya mempertimbangkan pelaksanaan inisiatif VTL pengangkutan udara melalui Singapura.

“Ia bagi memulihkan semula jaringan ekonomi dan perniagaan di antara kedua-dua negara khususnya sektor pelancongan yang terkesan teruk akibat pandemik Covid-19.

“Kementerian kini hanya menunggu kebenaran daripada pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri untuk berbuat demikian,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pihaknya dan semua pengusaha industri pelancongan di Sabah sudah bersedia menerima pelancong luar diikuti dengan prosedur operasi standard lebih ketat bagi mengelak penularan varian Omicron di negeri itu.

Sebelum ini, kerajaan Malaysia dan Singapura mencapai persetujuan bersama memperluaskan VTL melalui udara bagi laluan dari Pulau Pinang ke negara itu mulai 16 Mac.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Ir Wee Ka Siong berkata, inisiatif VTL akan membolehkan pengembara lengkap vaksinasi berkunjung ke Pulau Pinang dan Singapura menggunakan syarikat penerbangan yang mengambil bahagian dalam program itu, malah mereka tidak dikenakan kuarantin ketika ketibaan.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top