KePKAS Optimis Masa Depan Industri Pelancongan Sabah

jafry.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS), Datuk Jafry Ariffin optimis dengan masa depan aktiviti pelancongan negeri Sabah yang akan kembali pulih terutama selepas kebenaran rentas negeri dikuatkuasakan bermula awal bulan ini diikuti dengan kelonggaran yang diberi kepada pelawat yang masuk ke negeri itu tanpa perlu menjalani ujian saringan Covid-19 bermula 1 Disember depan.

Beliau turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan khususnya kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor diatas kelonggaran terbaharu prosedur operasi standard (SOP) yang diumumkan baru baru ini.

Bagi menggerakkan kembali industri pelancongan, katanya, Ketajaan, pihak industri dan masyarakat perlu bersama-sama memainkan peranan membangunkan semula industri pelancongan yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Antara langkah yang kini giat dilaksanakan oleh pihak KePKAS, menerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB), adalah termasuk pengiklanan promosi penawaran pakej percutian kepada orang awam.

Langkah proaktif ini dilihat berjaya membantu sektor pelancongan kembali bersinar.

Dalam pada itu, beliau menyeru semua pemain industri mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top