Keperluan Tenaga Buruh, Bahan Mentah Di Sektor Perkilangan Akan Diteliti

Dr-joachim-3.jpg

Dr. Joachim (duduk) menanam pokok spesis Neolamarckia Cadamba (Laran) di IWP Sdn Bhd.

Kongsi Bersama

TAWAU: Kerajaan negeri khususnya Kementerian Pembangunan Perindustrian akan meneliti isu-isu berkaitan tenaga buruh.

Menterinya Datuk Dr Joachim Gunsalam berkata demikian ketika mengadakan lawatan kerja ke kilang perusahaan perkayuan, Integrated Wood Processing Sdn Bhd (IWP) di sini, kelmarin.

Dalam lawatan berkenaan, perkara-perkara yang turut dibincangkan selain isu buruh serta bahan mentah adalah produktiviti kilang yang beroperasi dengan hanya 50 peratus kapasiti berikutan dengan kekurangan tenaga kerja dan bahan mentah.

Berikutan itu, beliau juga meminta Jabatan Perhutanan Sabah memberikan sokongan kepada keperluan bahan mentah.

Turut hadir ialah Pengurus Sumber Manusia dan Pentadbiran syarikat, Kong Hon Ping.

Dalam pada itu, IWP  juga hanya mampu menggunakan 10 peratus daripada Pelan Industri Kayu-Kayan (ITP).

Dr. Joachim turut merasmikan program penanaman pokok yang dianjurkan oleh Persatuan Industri Kayu-Kayan Sabah (STIA).

Katanya, ia adalah sebagai menyokong usaha kerajaan dalam program penanaman pokok dan bertujuan meningkatkan kesedaran kepada pemain industri kayu-kayan mengenai kepentingan menanam semula pokok.

Kemudian, Dr. Joachim juga telah merasmikan penanaman pokok di Shan Shui, Golf and Country Club. – Utusan Borneo

 

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top