Kenyataan Media ‘UMNO Sabah Hilang Kepercayaan Terhadap Ketua Menteri’ Yang Tular Adalah Palsu

Bung-Nafi.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Pejabat Timbalan Ketua  Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin menafikan kenyataan media UMNO Sabah hilang kepercayaan terhadap Ketua Menteri yang tular di media sosial dan di beberapa kumpulan WhatsApp.

Setiausaha Akhbar beliau, Jaafar Abd. Wahid  menerusi kenyataan medianya hari ini memaklumkan, Bung Moktar yang juga Ketua UMNO Sabah tidak ada membuat sebarang kenyataan media mengenai perkara itu.

Jaafar

Menurut Jaafar, kenyataan media tersebut telah diedit oleh individu yang tidak bertanggungjawab dengan mengambil kira situasi politik yang berlaku di Melaka ketika ini.

“Sehubungan itu, saya  menyeru kepada semua pihak agar tidak mempercayai berita ini dan menularkannya di media sosial,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Menurut Jaafar, perbuatan mengedit kenyataan media ini dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab demi kepentingan politik mereka.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top