Kenyataan Media Presiden SAPP: Ahli Parlimen Perlu Segera Mengesahkan RCEP

yong-teck-lee.jpg
Kongsi Bersama

Penyambungan semula sidang parlimen bulan depan (September) memberi peluang kepada Malaysia untuk mengesahkan Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau sehingga Malaysia dapat memperoleh keuntungan dari menjadi anggota utama blok perdagangan RCEP, yang merupakan blok perdagangan terbesar di dunia.

Pada November 2020, perjanjian RCEP ditandatangani oleh sepuluh negara anggota ASEAN dan lima negara perdagangan besar di rantau Asia Pasifik, iaitu China, Jepun, Korea, Australia dan New Zealand. Setakat ini, China, Jepun dan Thailand serta Singapura telah mengesahkan perjanjian RCEP.

Menurut peraturan, enam dari sepuluh negara ASEAN dan tiga dari lima negara bukan ASEAN mesti mengesahkan perjanjian RCEP oleh parlimen masing-masing. Ia akan memakan masa enam puluh hari lagi sebelum perjanjian RCEP berkuatkuasa.

Oleh itu, bagi membolehkan RCEP berkuat kuasa pada 1 Januari 2022, Malaysia atau negara lain harus mengesahkan RCEP selewat-lewatnya akhir Oktober tahun ini. Saya harap Ahli Parlimen kita akan mengetepikan politik kepartian dan mengesahkan RCEP sebelum berlakunya politik yang merosakkan pemulihan ekonomi Malaysia.

RCEP akan menurunkan tarif di antara 15 buah negara. Kesannya, perdagangan antara negara-negara RCEP akan meningkat. Kenaikan perdagangan sedemikian akan menyebabkan peningkatan aktiviti ekonomi dan memberi galakan tambahan untuk pemulihan ekonomi pasca-wabak. Kajian terbaru oleh ACCIM (Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry of Malaysia) menunjukkan bahawa RCEP akan meningkatkan KDNK Malaysia hingga 1.7% dalam jangka masa sederhana. Eksport disebabkan oleh RCEP diunjurkan akan meningkat 24.4% dalam tempoh yang sama.

Sabah, yang secara strategik terletak di pusat RCEP, mendapat keuntungan daripada perdagangan maritim, penerbangan kargo dan perdagangan antarabangsa secara amnya di antara rakan dagang terbesar kita, iaitu negara-negara China, Jepun dan ASEAN.

Oleh itu, rakyat mengharapkan Ahli Parlimen kita dengan tekun melaksana tanggungjawab mereka di parlimen dan mengesahkan perjanjian RCEP pada bulan September ini.

 

Datuk Yong Teck Lee

Presiden, SAPP

Kota Kinabalu,

Isnin, 30 Ogos 2021

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top