KENYATAAN MEDIA: Isu Bajau Laut (Palauh) dan Operasi Roboh TMTS pada 5 Jun 2024

Datuk-Hj-Abd-Hajan-Hj-Gurimbang.jpg

Datuk Hj Abd Hajan Hj Gurimbang

Kongsi Bersama

Isu Bajau Laut atau lebih dikenali sebagai Palauh telah menjadi perbincangan hangat di media sosial kebelakangan ini. Perubahan daerah Semporna dalam tempoh 20 tahun kebelakangan ini, daripada sebuah kawasan sederhana kepada destinasi pelancongan bertaraf dunia, menuntut perhatian serius terhadap pelbagai isu yang timbul.

Operasi yang dijalankan pada 5 Jun 2024 bertujuan melindungi keindahan pulau-pulau di Semporna. Aktiviti-aktiviti haram yang dilakukan oleh Bajau Laut, seperti penggunaan bom ikan yang merosakkan terumbu karang dan pembuangan sampah ke laut, telah mencemarkan kawasan ini. Tindakan ini bukan sahaja mengganggu ekosistem marin, tetapi juga memberi kesan negatif kepada nelayan tempatan yang bergantung kepada sumber laut.

Kerajaan hari ini melalui dasar Taman-Taman Marin Tun Sakaran (TMTS) telah mengambil langkah untuk memajukan pulau-pulau di Semporna selaras dengan aspirasi daerah ini sebagai pusat pelancongan utama. Pembangunan yang dirancang ini bertujuan untuk meningkatkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan serta memperbaiki ekonomi komuniti Semporna.

Namun begitu, operasi ini bukanlah bertujuan untuk menghancurkan masa depan Bajau Laut. Sebaliknya, ia bertujuan untuk mengimbangi kepentingan komuniti tempatan dengan memastikan kelestarian sosial dan ekonomi. Masalah sosial yang dibawa oleh sesetengah masyarakat Bajau Laut seperti dadah, senjata, dan ketidakpastian identiti mereka, sama ada berasal dari Malaysia atau Filipina, juga perlu diambil kira.

Kerajaan perlu diberi ruang untuk merancang pembangunan yang selaras dengan dasar Kerajaan Madani, agar sektor pelancongan dapat diperkukuhkan. Dengan adanya pelancong dari seluruh dunia, kita dapat memastikan kesejahteraan ekonomi dan sosial masyarakat tempatan terjamin.

Daerah Semporna Adalah tanggungjawab kita bersama selaku Anak Jati Semporna.

 

*Datuk Hj Abd Hajan Hj Gurimbang merupakan Ketua Bahagian Gagasan Rakyat DUN Sulabayan. Beliau juga adalah PPM bagi kawasan tersebut.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top