Kenyataan Isu Jual Anak: Dua Kertas Siasatan Dibuka

shahrudin-Ketua-Polis-Keningau.jpg
Kongsi Bersama

KENINGAU: Polis membuka dua kertas siasatan berhubung kenyataan seorang pemimpin politik berkenaan isu penjualan kanak-kanak oleh ibu sendiri baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Superintendan Shahrudin Mat Husain (gambar) berkata kenyataan media yang dikeluarkan oleh pemimpin politik pada 16 Jun lalu itu dilihat membangkitkan perasaan kegentaran awam dalam kalangan masyarakat.

Katanya kenyataan media pemimpin politik yang menyatakan tiga beradik diselamatkan oleh PDRM dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Keningau di persempadanan Malaysia dan Indonesia, selepas cuba dijual oleh ibu kandung mereka pada mulanya dinafikan sendiri oleh Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali serta IPD Keningau.

Menurutnya pemimpin politik itu bagaimanapun sekali lagi mengeluarkan kenyataan balas bagi mempertahanan kenyataan awalnya dan menyatakan kejadian itu benar berlaku.

“Siasatan mendapati tiada sebarang kejadian penjualan anak malah ibu kanak-kanak terbabit juga sudah membuat satu laporan polis dan dengan tegas menafikan kedua-dua kenyataan pemimpin politik terbabit.

“Susulan itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan (menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam).

“Polis turut membuka satu lagi kertas siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian),” katanya menerusi kenyataan media, pada Sabtu.

Shahrudin berkata kenyataan itu perlu diambil perhatian serius berikutan ia seolah-olah berlaku secara berleluasa tanpa ada kawalan pihak berkuasa.

Beliau juga menasihatkan masyarakat supaya isu ini tidak terus ditularkan tanpa merujuk kepada polis terlebih dahulu bagi menjaga ketenteraman awam khususnya di kawasan pedalaman.- Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top