Kenyataan Berbaur Perkauman: Sabah FC Akan Buat Laporan Polis

Rhino.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sabah FC memandang serius sebarang hantaran atau komen berbaur perkauman, terutama terhadap pemainnya, yang dibuat di media sosial.

Kenyataan itu dibuat oleh kelab itu susulan hantaran seorang pengguna media sosial melibatkan penyerang N Thanabalan di laman Facebook penyokong Sabah FC baru-baru ini.

“Tingkah laku seperti ini tidak akan diterima oleh kelab dan laporan polis akan dibuat terhadap penama,” menurut Sabah FC dalam satu hantaran ringkas di laman Facebook rasminya, pada Ahad.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top