Kenderaan terbiar di kawasan perumahan, komersial akan ditunda

kereta-terbiar.jpg

Gambar hiasan.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui Jabatan Penguatkuasaan akan mengaktifkan Ops Tunda iaitu operasi menunda dan mengalihkan serta mengeluarkan kompaun ke atas kenderaan-kenderaan terbiar atau kenderaan usang yang sudah terbiar lama di tempat-tempat awam; sama ada di tepi jalan raya, di bahu jalan serta di kawasan-kawasan perumahan mahupun kawasan komersil.

DBKK dalam kenyataan semalam menjelaskan, pemilik kenderaan yang ingkar dan gagal atau tidak memberi kerjasama akan berdepan dengan tindakan undang-undang di bawah Undang-undang Kecil (1) (Anti Sampah Sarap) Dewan Bandaraya Kota Kinabalu 1984 (Pindaan 2005) yang memperuntukkan tindakan penundaan kereta serta kompaun tidak melebihi RM500 bagi kesalahan yang berterusan/berulang, atau jika sabit kesalahan, pesalah sabitan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 dan segala kos yang berkaitan akan ditanggung oleh pemilik kenderaan.

Sebagai rekod, sejumlah 1,038 Notis Kenderaan Terbiar/Usang telah dikeluarkan sepanjang tahun 2020 sehingga kini, dan 83 buah kenderaan telah ditunda dalam tempoh yang sama, melalui Ops Tunda yang dijalankan oleh Jabatan Penguatkuasaan, DBKK.

Semua penduduk Bandaraya Kota Kinabalu diingatkan untuk tidak membiarkan kenderaan tersadai lama di tempat awam, bahu jalan atau tepi jalan raya sehingga menghalang laluan trafik dan menjadi punca kepada persekitaran yang kotor.

Ops Tunda akan dilaksanakan dari semasa ke semasa demi meningkatkan tahap keteraturan, kebersihan dan keselamatan persekitaran bandar raya Kota Kinabalu.

Untuk maklumat lanjut, orang awam bolehlah menghubungi Jabatan Penguatkuasaan, DBKK di talian 088-527800.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top