Kenapa Sabah Perlu Pinjam RM500 Juta Daripada Persekutuan? – Shafie

shafie.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Tindakan Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) meminjam RM500 juta bagi pengurusan bekalan air Sabah menimbulkan kebimbangan.

Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal (Warisan-Senallang) berkata, Sabah menerima RM5.2 bilion dalam Bajet 2022 dan Sabah mengutip hasil berjumlah RM4.7 bilion pada tahun ini.

Maka, timbul persoalan mengapa kerajaan Sabah perlu berhutang sehingga RM500 juta bagi pengurusan bekalan air.

Beliau berkata, Sabah seharusnya menuntut peruntukan lebih besar memandangkan Sabah antara penyumbang terbesar kepada hasil minyak dan gas negara.

Secara keseluruhan, Sabah dan Sarawak menyumbang RM145 bilion hasil minyak dan gas kepada tabung kewangan negara yang berjumlah RM322 bilion.

Bagaimanapun, Sabah hanya menerima peruntukan RM5.2 bilion, ini cuma berapa peratus daripada sumbangan negeri kepada hasil minyak dan gas negara.

“Mereka (kerajaan Persekutuan) boleh membina keretapi laju bernilai RM 85 bilion. Mana suara kita mempertahankan hak yang ada,” katanya semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini pada Selasa.

Berhubung pengurusan minyak dan gas Sabah, Mohd Shafie berkata, gas yang diperoleh dari Sabah kini diproses di Bintulu dan bukannya di Sabah. Ia menutup ruang untuk anak tempatan memperoleh pekerjaan kerana pemprosesan gas dilakukan di Sarawak.

Malah, Sabah juga menuntut hak royalti minyak 20 peratus kerana sejak Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1973 hingga sekarang, 95 peratus hasil diambil oleh persekutuan.

Sejak sekian lama hasil itu tidak diberikan kepada Sabah. Atas sebab itu, Warisan menuntut 20 peratus royalti minyak dan gas diberi kepada Sabah semasa Warisan menjadi kerajaan negeri.

“Malah, saya juga meminta untuk mengenakan lima peratus cukai jualan terhadap produk petroelum dan tuntutan itu tidak pernah dibuat oleh mana-mana kerajaan sebelum ini. Ia penting supaya hasil khazanah kita boleh kongsi dengan negeri-negeri miskin tapi janganlah kongsi dari tahun 1974 sehingga sekarang. Mereka ambil 95 peratus dan kita masih menerima lima peratus.

“Mana keadilannya. Kita asyik dengan laungan Sabah Maju Jaya namun, hak dan harta kita masih diambil oleh orang lain,” katanya.

Jika dilihat Sarawak sudah mempunyai stesen petrol sendiri iaitu Petros tapi, Sabah selaku pengeluar minyak terbesar dalam negara masih tidak mampu memilikinya.

Oleh itu, jangan katakan perjanjian Petronas itu cukup baik sekiranya royalti minyak dan gas Sabah masih tidak ditunaikan. – Borneo Today

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top