Kenapa Panggilan 999 Di Sabah Masih Dialih Ke Semenanjung?

ambulan.jpg
Kongsi Bersama

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Warisan mempersoalkan mengapa panggilan kecemasan ke Sistem Tindak Balas Kecemasan Malaysia (MERS999) di Sabah masih dialihkan kepada pihak berkuasa di Semenanjung.

Ini menyusul kematian seorang lelaki berusia 54 tahun di Kolombong, Kota Kinabalu semalam akibat serangan jantung. Daily Express melaporkan ambulans hanya tiba sejam selepas panggilan dibuat kepada MERS999.

Naib Presiden Warisan, Datuk Junz Wong berkata, isu terbabit perlu diperbetulkan secepat mungkin kerana kelewatan dalam mengendalikan panggilan kecemasan akan mengancam nyawa rakyat Sabah.

“Kenapa panggilan perlu dialihkan ke (Putrajaya), bukannya pusat panggilan Sabah sendiri? Mengapa perkara mudah seperti ini tidak dapat diselesaikan?

“Ini tidak masuk akal dan tidak boleh diterima. Berapa banyak lagi nyawa perlu dikorbankan?” soalnya dalam hantaran di Facebook hari ini.

September lalu, timbul dakwaan bahawa pasukan bomba kehilangan masa berharga dalam memadamkan kebakaran yang mengorbankan empat sekeluarga di Taman Hungab, Penampang kerana panggilan kecemasan dirujuk ke Putrajaya terlebih dahulu di bawah sistem berkenaan.

Ia menyebabkan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor menggesa sistem MERS999 diperbaiki kerana ia berpusat di Putrajaya. – FMT

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top