Kenaikan Tambang Penerbangan: Kerajaan Sabah Patut Pertimbang Sedia Pengangkutan Laut – Masiung

masiung-1.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah wajar mengambil langkah drastik menyediakan pengangkutan laut dan menawarkan subsidi tambang murah kepada warga Sabah yang berhasrat pulang berhari raya sebelum akhir bulan ini, kata Datuk Masiung Banah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut itu mencadangkan demikian berikutan kenaikan harga tiket penerbangan domestik laluan Semenanjung ke Sabah dan Sarawak yang kini melambung di luar jangkaan.

Katanya, walaupun cadangan menyediakan pengangkutan laut tidak pernah dibuat sebelum ini namun ia wajar dilakukan bagi setiap perayaan bagi membantu penduduk Sabah rata-ratanya golongan B40 yang ingin balik ke kampung bersama keluarga.

Beliau bersedia menawarkan khidmat mencari inisiatif pengangkutan laut kepada rakyat Sabah jika Kerajaan Negeri bersetuju mengenai cadangan tersebut.

“Tindakan syarikat penerbangan menaikkan harga tiket sehingga 566 peratus dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak menjelang hari raya merupakan tindakan memeras keringat rakyat.

“Mereka tahu rakyat tiada pilihan melainkan menaiki kapal terbang dan mereka sengaja mengambil kesempatan memeras keuntungan berlipat kali ganda,” ujar Masiung dalam kenyataan pada Khamis.

Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) itu kesal dengan isu ini yang langsung tidak mencerminkan konsep Keluarga Malaysia.

Masiung mengesa Kerajaan Negeri mengambil inisatif segera untuk menyediakan pengangkutan laut kepada rakyat Sabah di Semenanjung yang bercadang balik ke negeri ini menjalang aidilfitri.

Jelasnya, beliau menerima banyak aduan dari warga Sabah di semenanjung harga tiket pergi dan balik meningkat sehingga RM3,000 daripada harga asal sekitar RM300 hingga RM400 sebelum ini.

“Kenaikan harga tiket dari Kuala Lumpur ke dua negeri Borneo itu merupakan kejutan ngeri bagi rakyat sedangkan harga bahan api dunia masih ditahap rendah,” jelasnya.

Masiung berkata, kebanyakan warga Sabah di Semenanjung telah membatalkan hasrat balik ke kampung halaman pada hari raya ini kerana harga tiket terlalu mahal.

Beliau turut menggesa Parlimen dan Dewan Rakyat menyuarakan tindakan drastik terhadap langkah syarikat penerbagan komersial kerana ia membabitkan rakyat kurang berkemampuan terutama pelajar, warga kerja dan petugas barisan hadapan.

Mengulas lanjut mengenai isu itu, Masiung berkata, sepatutnya Kerajaan melalui Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (SJPM) perlu menjadi juara rakyat dan mengawal harga tiket yang tidak masuk akal.

Kelmarin, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor telah mengesa Kementerian Pengangkutan menurunkan harga tiket laluan antara Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak yang melonjak 566 peratus.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin pula dalam laman Fasebooknya menyifatkan tindakan Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia menaikkan harga tiket sebagai menghisap darah penumpang.

Ahli Parlimen Bandar Kuching, Kelvin Yii, pula mahukan MAS dan AirAsia menambah jadual penerbangan ke Sabah dan Sarawak lebih banyak menjelang Aidilfitri dan segera menurunkan harga tiket yang tidak munasabah.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top