Kenaikan Mendadak Kes Baharu Covid-19, DBKK Tangguh Pembukaan Semula Taman-Taman Awam

taman-awam.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) memutuskan untuk menangguhkan pembukaan semula semua taman-taman awam di kawasan bandaraya Kota Kinabalu berkuatkuasa serta merta.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pejabat Mayor lewat semalam (Sabtu), keputusan itu dibuat setelah mengambil kira kenaikan mendadak kes jangkitan Covid-19 terkini yang membimbangkan di kawasan bandaraya Kota Kinabalu.

Dalam masa sama, Taman Awam Tun Fuad Stephens dan Taman Awam Ujana Rimba juga ditutup sehingga pemakluman lanjut.

Semalam, Sabah mencatatkan 647 kes baharu Covid 19, dan daripada jumlah itu, 312 kes dilaporkan di Kota Kinabalu.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top