Kemuka Dokumen Palsu, Dua Individu Ditahan SPRM Sabah

Bos-SPRM-Sabah.jpg

S. Karunanithy

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Dua individu termasuk seorang kontraktor yang dipercayai mengemukakan dokumen palsu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah semalam.

Menurut sumber penahanan itu adalah bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan penyata akaun bank syarikat yang mengandungi butiran palsu.

“Kedua-dua suspek lelaki dan wanita masing-masing berumur 41 dan 37 tahun itu ditahan kira-kira jam 10 pagi tadi semasa memberikan keterangan di Pejabat SPRM Sabah di sini.

“Difahamkan kedua-dua suspek mengemukakan dokumen palsu itu bagi memasuki tender membekal dan menghantar bahan-bahan makanan kepada sebuah hospital di salah satu daerah di Sabah.

“Perbuatan itu dilakukan untuk tempoh dua tahun pada 2017 dengan nilai kontrak yang dianggarkan bernilai kira-kira RM1.2 juta,” katanya dipetik Utusan Borneo.

Sementara itu Pengarah SPRM Sabah Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

Tambahnya kedua-dua suspek akan dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas selesai memberi keterangan.

Karunanithy juga mengingatkan agar kontraktor yang mengambil mana-mana kontrak kerajaan agar tidak mengemukakan penyata kewangan palsu berikutan perbuatan itu adalah satu kesalahan.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top