Kempen Secara Berhemah, Fitnah Hanya Rosakkan Perpaduan – Calon Warisan Labuan

Rosman-Labuan.jpg

(Kredit foto: FB YB Datuk Rozman Datuk Hj Isli)

Kongsi Bersama

LABUAN : Calon Parti Warisan bagi kerusi Parlimen Labuan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Datuk Rozman Isli memulakan kempennya semalam dengan menyaksikan Perarakan Tokong Ting Ming Yan di Kampung Sungai Keling.

Hampir seribu komuni Cina turut sama dalam perarakan tahunan itu.

Rozman adalah penyandang kerusi Parlimen Labuan selama dua penggal sejak tahun 2013 dan berdepan saingan enam penjuru.

Rozman ditentang oleh calon Barisan Nasional (BN), Datuk Bashir Alias yang juga Ketua UMNO Bahagian Labuan dan calon Perikatan Nasional yang diwakili Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Suhaili Abdul Rahman.

Tiga yang lain ialah calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Dr Ramli Tahir yang juga Ketua Bahagian Parti Amanah Labuan; Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang diwakili Dayang Rusimah @ Raynie Datuk Mohd Din yang juga Ketua Bahagian PBM Labuan dan Presiden Pertubuhan Skuad Bakti Malaysia (PSBM), Datuk Seri Ramle Mat Daly yang mewakili Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Rozman berkata pendekatan kempen pada PRU15 kali ini adalah berhemah tanpa penyebaran fitnah yang boleh menjejaskan perpaduan masyarakat berbilang-kaum di pulau bebas cukai ini.

“Kempen fitnah tidak akan menjamin peralihan sokongan kepada calon-calon tertentu, malahan akan meracuni pemikiran masyarakat,” katanya hari ini.

Rozman berkata interaksi bersama rakyat berhubung isu semasa yang memberi kesan kepada kehidupan masyarakat, diadakan setiap malam melalui platform Facebooknya.

 

Sumber: BERNAMA

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top