Kementerian Pertanian Sabah Akan Ambil Alih SAIP

Jeffrey-Kitingan-Emel-pic-050221-1.jpg

KOTA KINABALU: Sabah Agro-Industrial Precinct (SAIP) akan diletakkan di bawah kementerian pertanian dan perikanan Sabah selepas disifatkan sebagai tidak menguntungkan, bertujuan meningkatkan lagi produktivitinya, kata menterinya, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan.

Beliau berharap Sabah Agro-Industrial Precinct (SAIP) akhirnya akan dapat membantu mencapai cita-cita tahap keselamatan makanan di negeri ini.

Dr Jeffrey, yang juga timbalan ketua menteri Sabah, berkata, “Kita terlalu banyak mengimport makanan, mengapa kita tidak menghasilkan makanan yang mencukupi untuk rakyat kita dengan sumber yang ada? Kita perlu meningkatkan R&D (penyelidikan dan pembangunan) dan melatih rakyat yang berminat dalam industri asas tani.”

SAIP, yang terletak di Kimanis, adalah kawasan teknologi yang berfungsi sebagai pencetus atau platform untuk pengembangan industri asas tani.

Beliau berkata, pengurusan taman itu akan dikendalikan dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Ekonomi Sabah, kementerian pembangunan industri negeri dan Institut Kajian Pembangunan.

“Kita perlu bekerjasama untuk memastikan ia tidak menjadi satu lagi projek gajah putih,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top