Kemelut Politik Sabah: Hajiji Puncanya, Kata Shafie

Shafie-n-warisan.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Krisis politik yang melanda Sabah ketika ini adalah berpunca daripada tindakan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor sendiri, kata Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata, pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu sebelum ini telah terdesak untuk mengekalkan jawatannya sebagai ketua menteri selepas Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) gagal membentuk kerajaan di peringkat pusat selepas PRU15.

Beliau berkata, keabsahan Hajiji sebagai ketua menteri turut dipersoalkan selepas beliau keluar daripada Bersatu, baru-baru ini.

“Saya melihat pergolakan kerajaan yang ada hari ini, sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh Hajiji itu akan sedikit sebanyak menimbulkan kekeliruan yang berlaku kerana kita faham bahawa daripada Perlembagaan Negeri Sabah cukup jelas sama ada Perkara 6 (3) atau Perkara 6 (7) iaitu menyatakan kedudukan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang pertama dia adalah ketua parti dan keduanya dia mempunyai jumlah.

“Hajiji kini bukan ahli atau ketua kepada mana-mana parti politik selepas beliau meninggalkan Bersatu dan kenyataan beliau untuk menubuhkan parti politik baharu bukan sahaja berbentuk satu tindakan lompat parti tetapi juga mengkhianati mandat rakyat yang telah mengundi GRS yang dinaungi Bersatu, PN (Perikatan Nasional),” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Warisan di Kolombong pada Sabtu.

Tambah beliau lagi, sebarang daripada ketua menteri atau pengikutnya yang telah meninggalkan Bersatu untuk menenangkan hati rakyat, tidak akan menghentikan spekulasi bahawa Hajiji telah hilang kelayakan sebagai ketua menteri..

Shafie berkata, GRS ditubuhkan oleh bekas perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada PRN lalu bersama BN, PN dan PBS seterusnya GRS didaftarkan sebagai sebuah parti politik sebelum PRU15.

Katanya, ketika ini juga tidak dapat dipastikan samada Bersatu Sabah sebagai komponen utama GRS akan memilih untuk kekal bersama GRS.

“Seorang ketua menteri yang bersendirian tanpa sebarang kepastian sama ada dia mendapat sokongan majoriti ADUN Sabah, perlu meletak jawatan sepertimana termaktub dalam Perkara 6 (7) Perlembagaan Sabah.

“Tiada siapa yang tahu sama ada ketua menteri pada ketika ini masih mendapat kepercayaan dan sokongan majoriti dalam DUN Sabah untuk terus menerajui kerajaan negeri sebagai ketua menteri Sabah.

“Majoriti ADUN Sabah mempunyai hak untuk memilih seorang ADUN bagi dilantik ke jawatan ketua menteri dengan menghantar satu nama calon untuk diperkenankan Yang Dipertua Negeri, pada bila-bila masa,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top