Kemelut AMANAH Negeri Sembilan, Mat Sabu Kata Perkara Biasa

mat-sabu.jpg

Defence Minister Mohamad Sabu NORAFIFI EHSAN / The Star

Kongsi Bersama

SEREMBAN: Presiden Amanah Mohamad Sabu menyifatkan pergolakan yang berlaku dalam Amanah Negeri Sembilan sebagai perkara biasa dalam mana-mana parti politik.

Beliau juga yakin kemelut dihadapi itu dapat diselesaikan secara baik menerusi perbincangan.

“Parti politik lain juga alami perkara sama, tiada masalah, kita akan cari jalan terbaik berbincang, proses ini biasa dan saya yakin kami akan jadi lebih kuat,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan konvensyen Amanah Negeri Sembilan.

Kelmarin, dilaporkan enam daripada lapan ketua kawasan Amanah Negeri Sembilan tidak akan menghadiri konvensyen parti itu kerana mendakwa kepimpinan Amanah negeri yang sedia ada tidak sah dan pemilihan semula perlu diadakan sebelum penganjuran konvensyen.

Sementara itu, ditanya mengenai laporan bahawa Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai sokongan ahli Dewan Rakyat yang mencukupi bagi membentuk kerajaan baharu, Mohamad berkata beliau juga sedang menunggu perkembangan selanjutnya.

Media semalam melaporkan Anwar yang juga ketua pembangkang sekali lagi akan cuba menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bagi mengemukakan bukti beliau kini mempunyai 113 sokongan dalam bentuk akuan bersumpah (SD).


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top