Kemasukan tanpa visa 30 hari untuk rangsang pelancongan Sabah tahun depan

christina.jpg

Gambar fail

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Keputusan kerajaan Persekutuan mengenai kemasukan tanpa visa selama 30 hari untuk warga China dan India akan memberi manfaat dalam usaha merangsang sektor pelancongan di Sabah terutama pada tahun-tahun akan datang.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew berkata negeri itu menjangkakan ketibaan lebih ramai pelancong susulan langkah kerajaan membenarkan kemasukan tanpa visa itu.

“Ini bermakna lebih banyak ketibaan pelancong untuk Sabah yang akan memberi manfaat kepada perkhidmatan hotel, makanan dan minuman selain pengangkutan dan pusat beli-belah termasuk kedai cenderamata sekali gus meningkatkan pendapatan mereka,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata ia turut memberi manfaat kepada pengusaha dan ejen pelancongan yang boleh menjual pakej percutian mereka kepada pelancong termasuk pelancongan golf.

Pada 26 Nov lepas, kerajaan Persekutuan membenarkan kemasukan tanpa visa selama 30 hari kepada pelancong dari China dan India mulai 1 Dis tertakluk kepada saringan keselamatan bagi rekod jenayah atau keganasan lampau sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-50 perkongsian strategik antara Malaysia dan China tahun depan.

Pada 29 Nov lepas, Liew semasa persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah berkata negeri itu menyasarkan ketibaan 2.8 juta pelancong tahun depan yang dijangka menjana pendapatan RM5.6 bilion.- BERNAMA

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top