Kemalangan Di Kundasang: 10 Cedera, 2 Daripadanya Parah

kemalangan-ranau.jpg

Empat kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Kouluan, Kundasang menyebabkan 10 cedera termasuk dua parah - Foto Bomba

Kongsi Bersama

RANAU: Sepuluh cedera termasuk dua parah manakala enam lagi selamat dalam kemalangan empat kenderaan di Jalan Kouluan, Kundasang, semalam.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari, mangsa yang terbabit masing-masing empat dari Toyota Vellfire, Toyota Hilux, Perodua Alza dan dan Perodua Axia.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian jam 1.39 tengah hari.

Katanya, terdapat 16 mangsa iaitu dua parah patah tangan, lapan cedera ringan dan enam selamat.

“Mangsa yang cedera diberi rawatan awal oleh pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) yang berada di lokasi,” katanya dalam kenyataan pada Isnin. – BHarian

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top