Kemalangan akibat kualiti jalan yang daif: JKR digesa lebih cakna

kemalangan.jpg

KEMALANGAN…Seorang pelancong menaiki motosikal terbabit dengan kemalangan setelah terbabas di jalan berlubang menuju ke kampung Bilit baru-baru ini.

Kongsi Bersama

KINABATANGAN: Jabatan Kerja Raya digesa agar lebih cakna dan prihatin terhadap isu kerosakan yang serius di beberapa batang jalan raya di daerah ini.

Ketua Penerangan UMNO bahagian Kinabatangan Rahia Haji Arpaih (gambar) berkata kerosakan yang ada terbiar begitu sahaja sehingga menjejaskan keselesaan pengguna jalan raya dan boleh menyebabkan terjadinya kemalangan.

Katanya beberapa minggu yang lalu satu kemalangan jalan raya telah berlaku berhampiran pejabat Jabatan Kerja Raya Daerah Kinabatangan yang menyebabkan seorang mangsa terkorban.

Rahia Haji Arpaih

“Semasa kejadian jalan sememangnya berlubang dan lori cuba mengelak lubang bagaimana pun tersasar dan melanggar kereta bertentangan menyebabkan kemalangan berlaku dan seorang mangsa terkorban dalam kejadian itu,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurut Rahia dalam tempoh kurang 24 jam hasil maklumat orang ramai selepas kejadian tersebut, barulah jalan raya di kawasan kemalangan itu diperbaiki.

“Saya kesal kerana sekiranya JKR lebih cakna dan ada pemantauankemungkinan kemalangan itu boleh dielak.

“Sehubungan dengan itu saya meminta JKR agar kerap turun padang memantau keadaan jalan raya di kawasan ini atau mengarahkan konsesi yang terlibat memperbaikinya segera demi keselesaan pengguna bukan sahaja di daerah ini malah di seluruh daerah di negeri ini,” kata beliau.

Menurutnya lagi selepas beberapa hari kejadian itu berlaku, terjadi satu lagi kemalangan yang menyebabkan kecederaan serius apabila seorang pelancong menunggang motosikal terbabas setelah melanggar lubang di jalan masuk menuju ke Kampung Bilit Kinabatangan.

“Kebanyakan kes kemalangan ini berlaku kerana faktor jalan raya yang berlubang-lubang dan saya yakin jika ada pemantauan serta pembaikan segera dari pihak yang bertanggungjawab kemalangan seperti itu boleh dielak,” kata Rahia.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top