Kemajuan Selangor buka peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah – Bung Moktar

Bung-Moktar.jpg
Kongsi Bersama

GOMBAK: Kemajuan dan kemakmuran negeri Selangor membolehkan lebih 100,000 rakyat Sabah mendapat peluang pekerjaan di negeri itu.

Pengerusi UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata ini menunjukkan Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Amiruddin Shari berada di landasan betul meneruskan kemajuan di negeri itu.

“Kira-kira 160,000 rakyat Sabah datang dan bekerja di sini (Selangor) menunjukkan Selangor, negeri yang makmur dan dapat menawarkan pekerjaan kepada orang luar,” katanya.

Bung Moktar yang juga Pengerusi BN Sabah berkata berbanding tiga negeri di bawah pimpinan Perikatan Nasional (PN) iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah tidak menyediakan peluang pekerjaan seperti yang ada di Selangor.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Jentera Perpaduan dan Pengenalan Calon Gabungan Pakatan Harapan (PH) – Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri Gombak Setia di Sg Cincin, Gombak, malam semalam.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor merangkap Ketua Bahagian UMNO Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omar Din bertanding di DUN Gombak Setia mewakili Gabungan PH-BN.

Dalam pada itu, Bung Moktar memaklumkan bahawa PRN di Selangor ini menjadi medan ujian gabungan PH-BN dibawah Kerajaan Perpaduan.

Justeru, katanya, jajaran baharu di bawah Kerajaan Perpaduan ini perlu dijaga dengan memastikan kemenangan pada PRN kali ini.

Bung Moktar juga berkata jentera pilihan raya PH-BN perlu menerapkan semangat kemenangan dalam diri mereka ketika berkempen.

“Kalau jentera pilihan raya tidak bermaya, pengundi di luar sana akan menilai kita. Untuk menang buat kerja cara nak menang.

“Niat dan langkah mahu menang. Harus diingat kemenangan tidak datang sendiri. Kita ada14 hari menentukan kemenangan gabungan PH-BN di Selangor ini,’ kata Bung Moktar yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO. – UMNO Online

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top