Kekurangan Kit Ujian Kendiri: Jangan Buat Pembelian Panik, Kata Shahelmey

shahelmey.jpg

Shahelmey melihat kit ujian kendiri Covid -19 di sebuah kedai farmasi sekitar bandar Kota Kinabalu.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Orang ramai diseru mengelak daripada berada dalam situasi pembelian panik berikutan dakwaan semua kedai dan farmasi telah kekurangan bekalan kit ujian kendiri Covid-19.

Seruan itu dibuat oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir Shahelmey Yahya yang mengadakan tinjauan di beberapa farmasi dan kedai runcit di bandar raya ini kelmarin.

Shahelmey berkata, pihaknya sedia maklum bahawa terdapat kedai yang telah kehabisan bekalan kit ujian kendiri Covid-19.

“Ini disebabkan peningkatan mendadak jangkitan Covid-19 terutamanya kluster sekolah,” katanya.

Walau bagaimanapun, katanya, hasil perbincangan dan temuramah dengan operator-operator di semua kedai farmasi, mereka yakin bahawa bekalan akan tiba dalam masa dua hari lagi bermula semalam.

Shahelmey yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat memberikan nasihat kepada orang ramai agar tidak terlalu panik berikutan dakwaan ini.

“Bekalan tiba dalam satu dua hari nanti, dan ingat juga bahawa kerajaan meletakkan harga siling pada RM19.90 walaupun ada kedai farmasi yang menjual dengan harga yang lebih murah.

“Kepada orang ramai yang memerlukan kit ujian kendiri bolahlah mendapatkannya di kedai farmasi atau kedai serbaneka,” ujarnya.

 

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top