Kekurangan bekalan diesel bersubsidi jejaskan ramai pengguna, kata ADUN

Diesel.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kekurangan bekalan diesel bersubsidi di beberapa bahagian di negeri ini menimbulkan masalah kepada pengguna, kata ADUN Elopura Calvin Chong.

Menurutnya, masalah itu bukan sahaja melibatkan pemandu kenderaan diesel tetapi juga turut menjejaskan nelayan dan pemandu lori yang mengangkut barangan seperti kelapa sawit dan buah-buahan.

Calvin

“Saya dimaklumkan terdapat stok bekalan yang terhad di sebuah stesen minyak di Sandakan dan ini membimbangkan ramai orang,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, keadaan itu turut menjejaskan industri yang memerlukan penggunaan jentera berat dan kenderaan berat.

Chong, ahli Parti Warisan, bertanya sama ada kekurangan itu adalah petanda awal kenaikan harga produk itu dan meminta kerajaan menjelaskan keadaan itu.

Beliau juga menyatakan bahawa Sabah menghadapi banyak masalah, seperti gangguan air yang berterusan serta kekurangan beras, telur dan bekalan lain.

Beliau menggesa kerajaan bekerja keras untuk menyelesaikan perkara ini.

 

Berita asal: The Star

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top