Kekalkan Perpaduan, Hindari Perpecahan – PAS Sabah

ahmad-dullah-PAS.jpg
Kongsi Bersama

Oleh : Suziana Ghani

LAHAD DATU: PAS Sabah menyeru semua parti politik supaya mengekalkan perpaduan dan menghindari perpecahan bagi mencapai kemenangan.

Menurut Ketua Penerangan PAS Sabah, Ahmad Dullah, agenda perpaduan parti-parti politik ini penting bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke 15 untuk memastikan kemenangan dan mengelakkan pertembungan seperti yang berlaku dalam PRU-14 yang lalu.

“Hanya ini sahaja cara bagi menghalang kemenangan Pakatan Harapan (PH) serta parti-parti gabungannya memerintah semula. Kesan 22 bulan PH memerintah sangat memeritkan kehidupan rakyat,” ujarnya lagi.

Ahmad turut menegaskan beberapa prinsip utama perpaduan yang telah digariskan oleh Presiden PAS, Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasar beliau iaitu Adil Kepada Semua dan Satu Keluarga Malaysia.

PAS Sabah, kata beliau, menyokong penuh kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Senator Ir. Ts. Khairil Nizam Khirudin agar semua pihak memberi fokus agenda perpaduan ini dalam PRU15 akan datang, selaras dengan saranan Mursyidul Am PAS, Dato’ Tuan Guru Hashim Jasin.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top