Kejohanan tinju Piala ADUN Kuamut akan jadi acara tahunan daerah Tongod

masiung.jpg

Masiung (dua, kiri) ketika hadir di Kejohanan tinju Piala ADUN Kuamut . (Kredit foto: FB MEDIA DMB)

Kongsi Bersama

TONGOD: Arena sukan di daerah Tongod melakarkan sejarah tersendiri dengan penganjuran Kejohanan Tinju Piala ADUN Kuamut baru-baru ini.

Kejohanan bagi kategori 50kg itu yang merupakan acara tinju buat julung-julung kalinya diadakan di daerah ini berjaya menarik penyertaan dari seluruh Sabah.

Melihat pada sambutan positif yang diterima terutama daripada kalangan belia, ADUN Kuamut Datuk Masiung Banah, mencadangkan agar tinju dijadikan salah satu kejohanan sukan tahunan di daerah Tongod.

Masiung turut mengumumkan peruntukan sejumlah RM50,000, yang akan disalurkan melalui  Club Boxing Kampung Entilibon yang diterajui presidennya, Jalibin Saidi, bagi membangun fasiliti tinju daerah Tongod termasuk membina gelanggang dan lain-lain.

Masiung, yang juga pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan Dan bandar Sabah dalam ucapannya berkata, beliau akan terus menyokong sebarang program yang bakal dilaksanakan menerusi kelab itu.

Masiung turut merakamkan penghargaan kepada kelab tersebut dan peserta-peserta kejohanan dari seluruh Sabah.

“Semestinya kejohanan tinju ini bakal membuka era baharu dalam arena sukan di daerah Tongod,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top