Kejayaan PRN Johor Bukti BN/Umno Masih Relevan Di Hati Rakyat – Bung

bung-1.jpg

Bung bertepuk tangan bersama Timbalan Ketua Umno Sabah, Datuk Yakub Khas sejurus DUN Permas dan Tiram diumumkan menang.

Kongsi Bersama

Oleh: Jaafar Abd Wahid

ULU TIRAM: Kemenangan besar yang dicapai dalam Pilihanraya Negeri (PRN) Johor membuktikan BN /Umno masih relevan di hati rakyat.

Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, kemenangan itu memberikan semangat untuk BN terus melangkah menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Katanya, rakyat Johor telah pun membuat keputusan jelas siapa yang mereka pilih untuk mentadbir negeri itu.

Beliau berkata sama ada ia kemenangan kecil atau besar tidak penting kerana yang penting kehendak rakyat melalui kertas undi sudah diterjemahkan.

“Kemenangan BN memenangi 40 kerusi daripada 56 kerusi yang dipertandingkan bukan sahaja mencerminkan kehendak rakyat Johor tapi bukti jelas BN/Umno masih relevan di hati rakyat,” katanya ketika diminta mengulas mengenai kemenangan itu.

Menurut Bung yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno, DUN Johor dibubarkan adalah untuk menyerahkan kembali mandat kepada rakyat. Hasilnya mandat baharu sudah diberikan dan perlu dihormati serta tidak mengulangi perangai lama lompat sana dan lompat sini mengkhianati mandat rakyat .

“Mandat baharu yang diberikan oleh rakyat ini perlu disusuli dengan tindakan berkerja untuk rakyat,” katanya

Mengulas kemenangan DUN angkat yang dijaga oleh Umno Sabah dalam PRN Johor itu, Bung yang juga Ketua Umno Sabah berkata beliau bersyukur kerana dua DUN iaitu Tiram dan Permas dapat ditawan dari parti lawan.

Sebelum ini kedua-dua DUN itu diwakili PKR

“Walaupun kita terlepas DUN Johor Jaya dan Puteri Wangsa yang sudah kita jangka awal kerana faktor majoriti pengundi kebanyakan Cina namun kejayaan menyumbang dua kerusi sudah cukup bermakna,” katanya.

Bung turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada jentera BN dari Sabah dan jentera BN tempatan yang bertungkus lumus selama dua minggu bagi membantu calon-calon BN di kawasan tersebut.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top