Kejayaan Di Poland: Menteri Puji Kelab Sukan Gusti Lengan KK

jahid-arm-wrestling.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kejayaan Kelab Sukan Gusti Lengan Kota Kinabalu (Arm Wrestling Sport Club KK) dalam kejohanan dunia di Poland baru-baru ini mendapat pujian pemimpin negeri.

Joffey Jolly, 29 tahun yang berjaya menjuarai kejohanan International Federation Of Arm Wrestling (IFA) World Championship, di Poland, menerima pujian Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim.

“Syabas kerana beliau (Joffey) bukan sahaja membawa nama Malaysia, tetapi juga Sabah ke persada antarabangsa,” katanya.

Menurutnya, kelab tersebut wajar diberi pujian walaupun namanya mungkin tidak segah atau sebesar nama kelab lain yang terdapat di Malaysia, tetapi mampu untuk mengeluarkan atlet hebat bertaraf antarabangsa.

“Mereka boleh menjadi contoh atau ‘role model’, kerana secara diam-diam rupanya telah mengeluarkan seorang juara dunia yang telah mewakili Malaysia, dan khususnya mewakili Sabah.

“Mereka berjaya kerana ada kesungguhan dan disiplin, berbanding segelintir persatuan yang mempunyai nama besar tetapi tidak pernah melakar kejayaan,” katanya.

Jahid turut menghargai kesungguhan yang ditunjukkan oleh kelab tersebut, dan gembira atas kejayaan mereka di samping berharap kejayaan berterusan akan dapat dicapai.

Dalam pada itu, Presiden Arm Wrestling Sport Club KK, Jolly Johnson, menghargai sumbangan peribadi Jahid kepada mereka bagi menampung keperluan Joffey sepanjang berada di Poland, baharu-baharu ini.

“Kunjungan hari ini adalah sebagai tanda terima kasih kami kepada beliau (Jahid) atas kesudian membantu kami menghantar wakil kelab ini ke Poland, syukurlah kita telah mencapai kejayaan yang sangat manis,” katanya.

Turut hadir Timbalan Presiden Arm Wrestling Sport Club KK, Kennedy Romero Wong.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top