Kejadian Tanah Runtuh Di Kinabatangan

IMG_20220120_161609.jpg
Kongsi Bersama

KINABATANGAN: Satu kejadian tanah runtuh berlaku di Kampung Segaliud, di sini, pagi tadi.

Bagaimanapun, kejadian tersebut tidak mengakibatkan kerosakan pada struktur rumah yang berdekatan.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Negeri, sepasukan anggota diketuai Komander Operasi, PBK II (KUP)Ahmad Khairul Aris@ Razali dan Pegawai Operasi Kanan, PPgB Nurul Azlan Shah Jamalludin daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan bergegas ke lokasi kejadian selepas dimaklumkan pada jam 9.01 pagi.

Pasukan Bomba bertindak memasang sawar-sawar dan menasihati pemilik rumah agar berpindah ke tempat selamat.

Operasi ditamatkan pada jam 10.31 pagi – Warta Oriental


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top