Kehadiran Tun Khalil Beri Isyarat Positif Kepada PH – Mohamad Sabu

tun-khalil.jpg
Kongsi Bersama

MELAKA: Kehadiran bekas Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob (foto:duduk, tengah) dalam program kempen calon Pakatan Harapan (PH) menandakan satu isyarat positif kepada gagasan politik itu.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu berkata, kesudian Mohd. Khalil bersama calon PH, Julasapiyah Kassim untuk menyantuni para nelayan di Tanjung Dahan, Kuala Linggi petang semalam amat menyentuh perasaan beliau.

“Bagi saya secara peribadi, kehadiran tokoh yang amat dihormati oleh rakyat Melaka ini, merupakan suatu yang positif kepada PH,” katanya dalam Facebook beliau semalam.

Mohamad kemudian menzahirkan penghargaan kepada Mohd. Khalil di atas kesudiannya untuk hadir bersama pihak Amanah dan PH.

“Kita doakan PH akan memenangi PRN Melaka dan Adly Zahari kembali menjadi Ketua Menteri. Insya-Allah,” katanya.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top