Kehadiran PM Meriahkan Lagi Rumah Terbuka Kerajaan Sabah

anwar-km.jpg

Hajiji bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. (Gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Lebih 20,000 hadirin memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Sabah yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Ahad.

Orang ramai yang hadir seawal jam 8 pagi turut dihiburkan dengan persembahan artis tempatan selain dihidangkan dengan beraneka jenis juadah Hari Raya daripada lebih 50 gerai di sekitar pekarangan SICC.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang tiba pada jam 11 pagi turut menyantuni orang ramai yang hadir pada majlis itu dengan diiringi Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor serta barisan kabinet negeri.

Turut hadir di majlis rumah terbuka yang dianjurkan oleh kerajaan Sabah itu ialah Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah RM Jasni.

Bersempena majlis itu Hajiji menyampaikan sumbangan kepada lebih 70 orang kurang berkemampuan yang terdiri daripada golongan warga emas, persatuan orang buta, orang pekak, rumah kebajikan dan rumah anak yatim.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top